100 % ASLI, BERSIH, SEGAR, HARUM !!

100 % ASLI, BERSIH, SEGAR, HARUM !!
******* Mandian Herba 100% Tradisional Asli, Produk Original Kampung Yang Diyakini ! ******

Monday 11 May 2015

Sweet Gift Untuk Bakal Ibu / Berpantang

 
 
Aura Blends telah melancarkan promosi untuk bakal-bakal ibu dan ibu berpantang untuk mendapatkan set mandian daun herba serendah rm45 , percuma sebunjut lagi mandian herba khas untuk anda !
 
Seperti yang kita maklum penjagaan dalam pantang amat penting bagi ibu untuk mendapatkan kembali tenaga dan keyakinan diri untuk terus dapat memberikan yang terbaik pada bayi dan keluarga.
 
Berpantang merupakan waktu yang agak membosankan buat si ibu kerana menunggu selama 44 hari  namun bagi mereka yang sedar akan rahsia berpantang akan menggunakan saat ini untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam.
 
Mandi daun herba umpama satu kemestian dalam berpantang dan proses yang penting buat si ibu.
 
Setelah selesai bertungku dan berurut, amat molek untuk mandi air rebusan daun herba seeloknya 2 kali sehari selama 2 minggu untuk pemulihan badan yang sempurna.
 
Mandi air rebusan daun herba ini mengikut petua orang-orang lama haruslah dimulakan dengan menjirus bahagian ibu jari kaki kanan diikuti kaki kanan hingga ke pinggang.
 
Ulangkan pula pada kaki kiri. Proses ini amat penting menjirus pada bahagian kaki dahulu supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian barulah boleh mandi pada keseluruhan badan.
 
Si ibu akan merasa segar, harum dan yang paling penting akan menghilang stress kerana hormon si ibu masih belum stabil dan berubah-ubah.
 
Oleh itu amat molek untuk mendapatkan set ini untuk bekalan waktu berpantang nanti, boleh juga dihadiahkan pada isteri tersayang dan teman-teman yang akan melahirkan anak nanti.
 
Pastinya ini adalah pemberian terbaik kerana ia boleh membantu bakal ibu atau yang sedang berpantang manjalani proses berpantang dengan sempurna.
 
hubungi 019 3269906 untuk harga istimewa ini...

No comments:

Post a Comment