100 % ASLI, BERSIH, SEGAR, HARUM !!

100 % ASLI, BERSIH, SEGAR, HARUM !!
******* Mandian Herba 100% Tradisional Asli, Produk Original Kampung Yang Diyakini ! ******

Thursday, 2 July 2015

Pack Bunjut Mandian Daun Herba

 

 
Pack Bunjut Mandian Daun Herba
 
50gm x 2 bunjut
 
Aura Blends mandian daun herba 100% tradisional asli diperbuat secara tradisional menggunakan
 
daun serai Wangi
 
daun limau purut
 
daun pandan
 
daun senduduk
 
daun inai
 
halia
 
Setiap bunjut mudah digunakan dan penggunaan daun herba secara tradisional membantu melancarkan peredaran darah, mengembalikan kesegaran, membuang angin, mengurangkan bisa dan sengal badan serta menjadi aromaterapi untuk mengurangkan stress
 
Sangat sesuai untuk ibu selepas bersalin untuk mengendurkan urat dan saraf akibat daripada proses kelahiran
 
Boleh juga digunakan untuk melegakan demam panas dan masalah sakit badan
 
Setiap bunjut boelh direbus sehingga 3 kali atau sehingga bau dan warna hilang
 
RM19 Semenanjung
postage rm7 - Poslaju
 
Order hubungi pn suhana 0193269906..
 
 
 



Monday, 22 June 2015

Promosi Ramadan Al Mubarak

 
Raikan Syawal yang bakal menjelma, kami di Aura Blends ingin berkongsi sedikit keberkatan bersama..
 
Kami ingin memberikan Garam bukit Aromaterapi secara PERCUMA dengan pembelian set bunjut Mandian Daun Herba Tradisional 100% Asli..
 
Dengan hanya RM50 sahaja...
 
Poslaju rm7 semenanjung sahaja..
 
Hubungi 0193269906 untuk tawaran hanya sehingga 18 Ramadan ini..
 

Saturday, 30 May 2015

Amalan berpantang selepas bersalin yang wanita harus tahu !


Di akui makin ramai wanita moden semakin melupakan amalan berpantang yang di anggap remeh dan merumitkan.

Aspek penjagaan diri ibu-ibu selepas bersalin seperti amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan juga berbengkung adalah remeh dan berpantang itu sendiri amat membosankan kerana ia memakan masa yang agak lama.

Memang tidak dinafikan amalan berpantang agak remeh tetapi kesan dan hasil daripada berpantang ini adalah berpanjangan dan sangat membantu kepada kesihatan si ibu.

Sekiranya penjagaan sewaktu berpantang diabaikan, kesannya tidak berlaku serta merta tetapi apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, tenaga semakin menurun barulah terasa kebas-kebas, lenguh, sakit urat, bisa badan dan kebas tangan dan kaki.

Apabila ini berlaku , kebanyakannya akan menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Banyak perkara yang boleh dibincangkan dalam amalan berpantang ini ;
 


1) Kesihatan

Adalah tidak digalakkan melakukan hubungan seks dalam masa 6 minggu selepas kelahiran, Doktor mengatakan bahawa si ibu baru sahaja melalui proses bersalin yang menyakitkan dan memerlukan masa untuk sembuh, selain itu memberi masa kepada kemaluan untuk sembuh sepenuhnya apatah lagi yang mempunyai luka episiotomy.

 


2) Ikan

Ibu didalam pantang adalah dilarang untuk memakan ikan kering atau ikan masin untuk mengelakkan dari darah nifas berbau busuk dan melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu kebidanan menggalakkan memakan ikan segar. Elakkan ikan berbisa seperti bawal hitam, terubuk duir, pari, sembilang serta parang  kerana takut akan menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain dari itu ikan yang menyebabkan kegatalan juga seperti ikan kembung, tamban, cencaru atau tongkol serta makanan laut seperti sotong dan udang adalah tidak digalakkan.

Ikan yang syorkan kepada para ibu adalah ikan haruan dan yu. Ini kerana ia mampu menyembuhkkan luka dalaman dan luaran. Ia mempunyai mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka.


 


3) Ulaman Dan Sayuran

Ulam yang berkhasiat dan sesuai dimakan oleh ibu berpantang adalah seperti pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun sekentut, daun cemumar, daun kari, daun pudina, daun bebuas dan daun ruku.

Ibu berpantang dilarang memakan daun-daun yang menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, timun, keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih) kacang panjang, petola, labu, rebung , kacang botol, jeruk maman, petai, jering serta terung.

Elakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, tembikai, nangka dan cempedak, pisang, ubi, sengkuang dan manggis.

Ini untuk mengelakkan dari sakit tulang, lemah otot dan sakit sendi.


4) Emosi

Ibu yang baru melahirkan anak kerap mengalamai tekanan jiwa dan emosi disebabkan hormon yang tidak stabil. Tekanan ini wujud sejak dari mengandung berterusan sehingga melahirkan. Tekanan mental dan fizikal mempunyai kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi si ibu.

Akibat daripada tekanan ini, sebahagian daripada wanita mengalami masalah kemurungan(depression) atau yang lebih buruk lagi mengalami masalah sakit jiwa (puerperal psychosis)

Tekanan jiwa dan emosi boleh dielakkan dengan memberi sokongan moral dan nasihat daripada orang yang penting di dalam hidupnya seperti suami dan ibu. Berilah sokongan fizikal dan mental kepada si ibu supaya dapat meringankan beban yang harus digalasnya.



5) Berbengkung

Mengikut ilmu perbidanan, kegunaan bengkung adalah untuk mengelakkan kemasukan angin sejuk diliang-liang perut. Ia dapat mengeluarkan angin panas dan kotor dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna.

Bengkung yang baik adalah dari paras bawah dada hingga ke bawah pinggul, ia dapat memberikan sokongan yang kukuh untuk rahim.

Ketika dalam pantang bengkung seelok-eloknya dipakai selama 44 hari sehingga habis tempoh berpantang. Pemakaian bengkung dapat mengembalikan bentuk badan kepada bentuk asal dengan lebih cepat.



6) Urutan Tradissional

Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawaskan nifas daripada tersekat atau tersumbat.

Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.

 

7) Minum air akar kayu dan jamu

Semasa tempoh berpantang ibu digalakkan meminum air akar kayu dan jamu untuk menyihatkan badan serta mengembalikan kesegaran ibu. Ia membantu mengecutkan Rahim secara rawatan dalaman.



8) Mandi mandian daun herba

Dalam tempoh 2 minggu pertama selepas melahirkan, badan si ibu masih lemah dan tidak bermaya, adalah amat digalakkan untuk mandi air rebusan daun herba.

Ini kerana terdapat banyak khasiat yang kita ketahui mandi mandian daun herba ini antaranya untuk ;

Membantu menyegarkan, merawat dari kelesuan dan ketidakselesaan badan

Melancarkan peredaran darah, megembalikan aura postif dan tenang

Mengurangkan sengal-sengal dan bisa badan

Membuang angin yang berlebihan dalam badan

Melembutkan urat yang tegang akibat dari proses bersalin

Menghilangkan bau badan dan menyamankan kulit.


Pelbagai amalan berpantang yang baik dan elok dilakukan ketika berpantang. Ia merupakan amalan yang mesti dilakukan bagi masyarakat melayu sejak dari dulu lagi dan menjadi tradisi turun temurun. Amalan berpantang menjadi persediaan badan nanti supaya masih sihat dan bertenaga.

Semoga ia masih berkekalan hingga nanti..



Beli 5 Percuma 1 !!

 
TERHAD UNTUK 100 SET SAHAJA !!!
 
Dapatkan set anda segera... hanya pada waktu terhad sahaja,
 
Postage PERCUMA ! semenanjung sahaja..

Sunday, 24 May 2015

7 jenis masker buah dan sayur, buat sendiri di rumah !

Di akui kenaikan harga untuk barang-barang keperluan kini kadang-kadang memaksa kita untuk mengabaikan penjagaan diri kerana tidak punya cukup budget untuk mendapatkan masker-masker wajah yang agak mahal kebelakangan ini....

Apa kata kita buat sendiri masker yang cukup berkesan dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang ada dirumah....

Kami kongsikan 7 jenis masker buah dan sayur yang popular , amat mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk membuatnya...


Betik


Buah betik sangat berkhasiat untuk peremajaan kulit . Buah betik membantu membuat sel kulit mati menjadi mengelupas sehingga kulit akan kelihatan lebih segar kerana betik juga membantu kulit bergenerasi . Kulit yang hitam pun mengelupas dan perlahan menjadi putih alami dan cantik.

Cara;

Blender isi betik sebanyak 50 gm atau secukupnya
Tambahkan sedikit madu
Oleskan pada wajah lalu biar selama beberapa minit hingga kering
Bilas dengan air suam


Limau Nipis


 
Limau nipis mengandungi banyak serat dan kaya dengan Vitamin C yang mampu melembabkan dan memutihkan kulit. Selain itu limau nipis juga menghilangkan jerawat dan bekasnya kerana limau nipis mengandungi anti iritasi dan mengurangi lemak pada wajah sehingga dapat mengurangi wajah berminyak penyebab jerawat.
 
Cara ;
 
Kacau putih telur , ambil dalam 1 biji
Tambahkan 1 atau 2 biji buah limau, perahkan airnya
Oleskan pada wajah
Putih telur akan mengeras dengan sendirinya dan pasti akan terasa kaku
Tidak memerlukan proses yang lama untuk kering
Bila sudah kering, bilas dengan menggunakan air suam
 
 
Tembikai/ Tembikai Susu
 

Tembikai dan tembikai susu banyak mengandungi air yang sangat baik untuk membuat kulit lebih sihat. Ia sangat sesuai untuk kulit yang sangat kering ataupun kulit yang sering terkena pancaran matahari. Kalau dipakai selalu secara terus menerus pasti kulit akan menjadi lembab dan tidak mudah hitam terbakar oleh sinar matahari.

Cara;

Blender 100gm tembikai atau secukupnya
Kerana banyak mengandungi air pasti agak susah untuk diterapkan langsung pada wajah
Lapiskan wajah dengan tuala nipis
Terus letak kan tembikai diatas tuala sampai wajah tertutup
Biarkan hamper 15-20 minit
Bilas dengan air suam
 
 
Lobak Merah
 
 
Lobak merah dapat mencegah proses penuaan, apabila diambil setiap hari. Begitu pula kalau kita membuatnya menjadi sebuah masker wajah, pasti wajah akan terhindar dari penuaan ataupun dari kulit berkedut. Selain dari itu, lobak merah juga memiliki kandungan yang mampu membuat kulit menjadi lebih bersinar.

Cara ;

Blender sebiji lobak merah hingga hancur
Tambahkan 1 atau 2 sudu besar madu
Kacau hingga merata
Oleskan pada wajah dan biarkan sehingga kering
Bilas dengan air suam
 
 
Strawberry
 
 
Strawberry sangat sesuai untuk kulit yang berminyak, selain itu strawberry juga boleh membuat kulit mengelupas dan menggantikannya dengan sel kulit mati dengan yang baru sehingga mampu mencerahkan dan memutihkan wajah. Selain dari mampu membuat kulit yang kusam menjadi lebih sihat, segar, merona.

Cara;

Ambil 4-5 biji strawberry lalu blender hingga halus
Tambahkan beberapa sudu besar susu segar dan campur hingga nerata
Oleskan pada wajah
Biarkan 15-20 minit
Bilas dengan air suam


Sengkuang
 
 
Sengkuang sejak dari zaman dahulu dipercayai mampun memutihkan kulit. Oleh itu sengkuang sering dipakai sebagai bahan dasar kosmetik. Tapi alangkah lebih baik bila memakai bahan sengkuang dengan mengolahnya sendiri. Selain wajah menjadi cerah dan bersih juga terhindar dari berbagai macam iritasi kulit.
 
 
Cara ;
 
Kupas sengkuang dan blender hingga lembut
Setelah itu tempelkan kepada wajah
Biarkan hingga sarinya meresap dan ampasnya menjadi kering
Bilas dengan air suam



Timun


Timun dapat menghilangkan kantung mata dan menbuatnya menjadi lebih cerah. Selain itu timun juga boleh dibuat menjadi masker dan membuat wajah menjadi bersih namun tidak berkilat. Sehingga masker timun sangat baik untuk wajah yang berminyak.

Cara ;

Blender 1 biji timun hingga lembut lalu jadikan sebagai masker
Tunggu hingga masker mengering
Bilas dengan air suam
Ataupun boleh juga dengan cara timun dipotong bulat dan dan ditempelkan pada wajah

Friday, 22 May 2015

Hadiah Buat Mama !

 
Promosi TERHAD, Postage PERCUMA !
 
RM50 Postage PERCUMA !
 
Harga dari kilang ! Pengecualian GST, 40% lebih murah dari pasaran !
 
"Hadiah yang paling bermakna buat seorang ibu ialah hadirnya seorang anak, berharganya lebih dari nyawanya sendiri "
Hadiah untuk ibu yang bersusah payah melahirkan dengan bersabung nyawa dan penuh kasih sayang adalah dengan kembali sihat untuk anaknya !
Jenuh mencari hadiah yang sangat berguna buat si ibu !
Menyelesaikan masalah si ibu untuk kembali sihat dan bertenaga !
Tiada masa atau tak tahu mencari hadiah yang tepat dan tak dapat menziarah !
Program Khidmat Pos Hadiah Ke Rumah Mama adalah cara untuk menyelesaikan masalah anda !
Pasti si ibu yang anda kenal akan tersenyum gembira bila masalahnya dapat diselesaikan !
Promosi TERHAD, Postage PERCUMA Semenanjung dan Belian ISTIMEWA untuk si ibu !
Hubungi 019 3269906 sekarang !

Wednesday, 20 May 2015

Mandian Herba, Beli 5 PERCUMA 1 !

 

 
Mandian Herba 100% Asli, Produk Kampung
 
 
Menggunakan Daun Herba Berkualiti
 
 
Mengapa perlu menggunakan mandian daun herba ;
 
Mendapatkan bentuk badan yang cantik dan ideal melalui tindakan haba yang dikenakan semasa mandi herba..
 
membantu menyegarkan dan merawat badan terutama kepada ibu bersalin, wanita bekerja, yang keletihan atau sindrom kelesuan
- Mandi herba dapat mengatasi masalah kebas-kebas dan lenguh-lenguh badan

- Melancarkan peredaran darah serta membantu mengembalikan aura positif dan tenang

- Mengurangkan sengal-sengal tulang

- Membuang angin yang berlebihan dalam badan

- Melembutkan urat

- Sebagai terapi kepada diri untuk lebih tenang akibat stress dan kelesuan

- Menghilangkan bau badan, menyegar dan menyamankan kulit
 
Daun-daun herba yang digunakan
Daun Serai Wangi
Daun Limau Purut
Daun Senduduk
Daun Inai
Daun Pandan
Halia

Hubungi 019 3269906

Untuk promosi ini... !!